Monday, 7 October 2013

Resipi Kuah Yong Tau fu Paling Senang

Assalamualaikum wbt

Resipi Kuah Yong Tau fu


Bahan- Bahan:

  • 10 tangkai cili kering
  • Minyak masak
  • Air bersih
  • Gula Melaka atau gula merah atau gula apong
  • Belacan
  • Gula
  • Garam 
  • Ajinomoto
  • Tepung jagung
  • Bijan goreng
  • Kacang tanah (digoreng atau dibakar dan ditumbuk kasar)
CARA MEMBUATNYA 

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula Melaka atau gula merah atau gula apong kurang manis).
6. Rasa dan kalo dah cukup masak kuahnya...
7. Siram dan tuangkan kuah tadi pada bahan-bahan yong tau fu pilihan yang kita suka
8. Last skali, taburkan bijan goreng dan kacang tanah
9. Siap dihidang & jom makan...nyum nyum nyumm...


Selamat Mencuba 



Read More

Sunday, 27 January 2013

Tentang Solat Istikharah

Wahai hati yang resah..fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan...tenanglah, tenanglah...buatlah solat istikharah jika kamu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan. Lakukanlah samaada sebelum kamu tidur .. atau bangun sebelum subuh. Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan..insyaAllah...akan diberi petunjuk...dan apabila kamu telah diberikan petunjuk..ikutlah petunjuk tersebut dengan redha. Buruk baik pilihan yang dibuat...pasti semuanya ada hikmah sebaliknya..sesungguhnya Allah maha arif apa yang terbaik untuk hambanya..

Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.

Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

........................................................................
Cara Solat Istikharah
 1.  Lafaz niatnya:
“Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala”
Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
2.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

3.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
4.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

5.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

6.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

DOA SOLAT ISTIKHARAH

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Tarmizi)

........................................................................

SELEPAS DARIPADA ISTIKHARAH ?

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.
Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.
Imam ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia beristkharah”.
Benarlah pendapat yang dikemukakan oleh Imam ibn Hajar diatas kerana tiadalah faedah yang boleh diambil daripada Solat Istikharah andainya pilihan kita tidak dipandu oleh cahaya kebenaran dan masih melakukan maksiat kepada Allah taala.
Tidak menjadi syarat dan petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan Solat Istikharah kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan tersebut.
.......................................................................
RENUNGAN
Allah taala adalah tempat berbincang dan tempat mengadu. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.

Firman Allah taala : “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah : 216)
Wallahu ‘allamul ghuyub.
*sekadar perkongsian...

Read More

Sunday, 20 January 2013

Nak makan Lasagne



Nyum..nyum...nyum....uhuhu....nak makan lasagne...
tapi aku lupe dah mana resipi yang mintak dengan shahida
masa makan kat london dulu...
kalo kat "Fizza hut"..."Rahsia Recipe"...x sedap....masam....lebih ke kuah spagetti jer rasa..
aduiii...mane eh nak cari...
bestnyer la kalo dapat makan...sampai menjilat jari...uhuhuhu..



Read More

Tips Balas Dendam


1. Maafkan dia. Memang sukar untuk dilakukan tetapi InsyaAllah, kita dapat mendidik hati kita untuk ikhlas memaafkan seseorang.

2. Doakannya. Doakan perkara yang baik untuknya mudah-mudahan Allah memberi hidayah atau petunjuk jalan kebaikan padanya.
 
3. Sedekahkan Al-Fatihah padanya. Secara tidak langsung, kita juga akan mendapat ganjaran pahala.

4. Sentiasa ceria depan dia. Anggaplah tiada apa-apa yang berlaku antara kita dan dia.

5. Usaha kuat agar lebih hebat daripada dia. Jangan simpan perasaan cemburu membuta tuli sebaliknya tingkatkan keyakinan agar kita menjadi lebih hebat darinya.

6. Beri dia hadiah. Walaupun bukan hadiah yang mahal-mahal contohnya kad ucapan dan sebagainya.

7. Sebarkan perkara baik tentang dia. Jika kita menunding satu jari ke arahnya, ingatlah bahawa empat atau tiga jari lagi akan menunding ke arah kita kembali.

8. Bela dia jika orang kutuk dia. Walaupun pahit untuk dilakukan, kita disuruh untuk menutup aib orang lain.

9. Buat baik kepada anak-anak dan ahli keluarganya. 

10. Pesan kepada orang lain untuk buat baik kepada keluarganya. Insya Allah dia akan INSAF suatu hari nanti

Selamat mencuba....try...n testing...uhuhu....






Read More